Assalamualaikum adey manisssss
harini cik miwa rasa nak bebel, tapi dalam pace yg short yet not-so-sweet la ye..
tak, bukan apa kawan2, kita ni ditakdirkan Allah untuk lahir & membesar dgn kelebihan & kekurangan yg macam2. supaya?? bila kita tak cukup apa2, ada org kat sebelah kite boleh tlg cover kekurangan kita. contoh, kita tak pandai bab2 mengira, wahh kawan kita sorang ni hebat gila mengira. so, kalau pegi beli apa pun insya-Allah tak kena tipu bab harga. seronok kan??
yang TAK seronoknya, bila kita ada something yang lebih dari org lain tu, kita bahagia terlebih smpai semua org yg tak sehebat kita tu habis kita gelakkan depan orang lain.. haih.. macam mana lah masa depan awak2 yg begitu ya?? the worst part is habis semua org dia cerita pasal kawan dia yg tak sehebat dia tu. nnti seronok lah bercerita, "weh, baik kau belajar 'X' mcm aku, nnti takde la jadi mcm Mira tu, rasanya kalau aku takde mesti dah mati kering dah dia"- oh my??????
meskipun Mira Adriana cuma membatu & terkebil-kebil, jauh di sudut hatinya sedang membrain perangai rakannya yg sukar difahami itu. dapat tak konsep tu?? haih..
jaga mulut, jaga hati ya kawan2.
adriana corner
Nuffnang Ads
Thursday 14 April 2016
Tuesday 20 October 2015
cerita cinta- Mira Adriana dah layak kahwin??
assalamualaikum kawan-kawan
hehe ceria semacam je harini. almaklumlah first tme dpt cuti berganti sebab jerebu. *evil laugh
so berdasarkan tajuk, konsikan pendapat anda tentang 'cinta' dalam karangan tidak melebihi 200 patah perkataan. wowww, ingat senang Mira Ad nak bercerita pasal cinta? haha.
ok la, so cerita pasal cinta, aku terpaksa jujur yg aku belum pernah bercinta. wuhu. *aku tak gurau. ok. serius. aku bukannya oppose bercinta. aku pun manusia kan? tipu la kalau kata aku tak rasa rendah diri bila tengok org kiri kanan dah ada keluarga, and kawan baik sendiri pn dah dipropose. *yayy happy for ya heee... ok, back to topik. aku tak rasa pun cinta tu salah. it's a lumrah for a human being to feel love and hope to be loved. cuma lumrah tu belum sampai ke aku. jangan la kata aku tak berusaha, sebab aku
DAH PERGI KURSUS KAHWIN teehee.
masing2 gelakkan bila aku bgtau nak pergi kursus kahwin T.T tak kurang jugak kawan2 yg beria tanya.
"kau dah nak kahwin ke? kenapa dah pergi kursus?
"amboi Mira senyap2, dh nak kahwin rupanya"
"eh Mira, tak expired ke sijil tu sementara nak tunggu kau sampai seru?'
amboi cik akak, soalan last tu bunyinya mencengkam dada, (tapi aku tabahkan jua). cuba cik akak hadamkan ni ya,
1) sijil kahwin skrg ni mana ada expired date. umur berapa pun jodoh saya dtg insya-Allah valid lg
2) aku pergi kursus ni sekarang sbb skrg ni rasanya yg paling free kalau nk dibandingkan dgn hari awetmuda aku nanti
3) tujuan pergi kursus ni sbb nk belajar ilmu agama yg aku selalu lupa, yg aku selalu confuse, walaupun benda basic2 yg wajib aku hadam.
so kenapa tak bagi aku pergi kursus skg?? T.T
tapi, lepas aku pergi kursus ni, lagi aku rasa BANYAKNYA BENDA AKU PATUT BELAJAR, CETEKNYA ILMU AKU, AKU MASIH MUDA BELIA!! (eh) dan membuatkan aku rasa jodoh aku masih bertenang-tenang menjalani hari & ajal aku yang makin approach aku dlm diam.
so aku pun buat keputusan utk mencari cinta yg lagi layak aku dapat, & yg lagi patut aku cari. and cinta manusia, aku tak tolak ke tepi, cuma aku harap ia datang naturally, lagi bagus yg dtg tanpa aku sedari. wah, aku bermadah. kau nampak?? haha.
ok la, sori bagi tajuk camtu, sebab aku happy sgt pagi ni sampai segala jenis tajuk mencurah ke ladang gandum. saje je nak cerita, aku dah pergi kursus kahwin, utk dptkn cinta Dia, lepastu kalau Dia nak bagi aku si dia pn ok gak. haha. sudah la, ni dia cinta hati aku yg tak pernah berubah. hambek.
keluarga aku yg gambarnye tak pernah cukup korum
Wednesday 27 May 2015
Travelog Tioman Day 3
santek kan Tioman ni??
Pagi2 muka dah masam mencuka, sbb dah hari balik KL. Sayang sgt rasanya nk tinggal Tioman. Segala benda seronok & sgt menenangkan. Tapi time nilah nk teroka habis2 Kg. Genting ni. So pagi2 lepas breakfast terus jalan2 .. tengok gambar je la senang. Panjang sgt kalau cerita.
acacah je kau amek gamba kat batu
overly attached to pantai-pantaian
jumpa bunga cantik kat tepi pantai, tapi kenapa bila pakai tak cantik pulak ye?? *deep
nana yg super excited tulis nama atas pasir
dan kanak2 ribena yg excited jugak menghancurkan nama Nana. yay!!
introducing, encik kembar yang berjaya diheret sehari sebelum bertolak. mekasih..
swaggerzzz
kita pun nak tulis nama jugak, tapi buruk *nangis
hobi: panjat batu-batuan
masjid Mersing, cantik atas bukit tepi pantai. jujur.
Pkul 2 naik feri. Bye Tioman. Syg sgt nk tinggal Tioman. Setiap benda yang ada kat sini ada value tersendiri. Recommended 100% utk org nk relieve stress, nk honeymoon ke, nk nak lari dari org2 desperate ke.. haha.. lagipun dalam budget RM350 tu dh dapat sgale bnde trmasuk tiket feri pergi balik utk 3 hari 2 malam. Berbaloi sgt uollz.
ingat ya nama chalet yg kitorang duduk ni, ISLAND REEF RESORT. #sayarecommend!
Travelog: Tioman
Assalamualaikum,
Lama sgt dah menyepi, harini aku
nak cerita sikit pasal travel haritu. Plan last minit sgt2, sebab mula2 mama
tak bagi pergi, tapi dh 2 hari sebelum tu baru mama bagi (dengan kuasa pujukan
skala 10). Tu pun sebab aku kata aku dah berjaya pujuk ramai sikit sebab
asalnya nak pergi girls’ vacay (acacahnye) tapi sesendu 3 org je yg join. So
bila dh kumpul 5 org ni lincah je la pergi.. OLEH ITU, TIOMAN, HERE WE COME!!!!
DAY 1
Pergi Mersing 4 org dari KL,
sorang dari Muo. Naik feri ke Tioman ingatkan setengah jam, sekali tengok sejam
setengah!! Ayoo.. yang mabuk dah lembik, yang tak mabuk pun dh rasa nak mabuk
dah. Mula2 beria lah lagi duduk luar feri layan ombak, lama2, masuk feri.
Selfie2 sket, pastu borak2 ngan pak cik ramah kat dalam tu, pastu sedar2 dah
sampai!!!
Oh by the way, kitorang stay kat
Kg. Genting, saje cari ketenangan duduk kat area kampung. Kalau sesiapa yang suka
duduk bandar sikit, pilihlah Tekek. Salang pun best jugak katanya. Kalau nak
detail boleh tanya agent (sebab aku tak tahu sangat) J Sampai dengan jayanya, dah nk
maghrib dah. Redha burn hari pertama ats jalan. So mlm tu aktivitinya cuma
makan2 dan celup2 kaki kat air je lah. Excited kemaen, air jernih!! Bintang
banyak, Cuma lighting je sendu sikit. Tapi kisah apa? Selfie je la
berlightingkan lampu fon masing2.
DAY 2
Second day ni punya tahap excited
sampai masing2 pagi2 dah tersadai kat tempat makan (makanan dia serius sedap
dan tak kedekut). Sementara nak tunggu snorkeling pukul 9, borak2 bujang je la
kitorang, sambil cari org utk sewa camera underwater. Pukul 9 gerak gi Pulau
Renggis. Pehh.. cantik gila coral. Besa ya amat. Cuma satu je, aku tak reti
berenang, so kasihanilah abang bot sebab terpaksa berenanag sambil tarik aku
guna pelampung.. haha.. sori abg sado, saya tak minta lahir begini. Yang
penting, pemandangan dia lawa gila. Tapi siap la siapa yg tak nak turun dari
bot time org lain snorkeling. Wajib muntah! Haha.. sebab bot laju ni
terumbang-ambing sket kalau berhenti. So, PASTIKAN MAKAN UBAT TAHAN MABUK kalau
tahu diri tu senang mabuk ya..
Lepas tu gi tempat second utk snorkeling,
kat Marine Park. Kat sini, masuk air separas pinggang pn boleh berenang dengan
ikan2 sambil berkelah suap dia roti gardenia. Serius, tak tipu. Tapi yang
paling cantik kalau masuk tempat yang dalam sikit la. Banyak ikan spesis
macam2. Yang besar, yang kecik, segala benda boleh jumpa. Semua lawa2, tapi kat
sini takde gambar sgt sbb kamera underwater habis bateri. Sendu, bukan?? Lepas
snorkeling tu dia bawak gi Tekek (yg aku kata Bandar tadi). ada kedai duty
free, tapi takde la segrand kat Langkawi ye kawan2.. tapi ok la kalau nk beli
coklat buat kunyah2 sambil naik bot and mengira bintang malam2.. kalau nk beli
t-shirt pun rasanya lagi murah kalau beli kat kampung2 je..
Balik dari snorkeling tu masing2 sayur so rehat smpai pkul 4.30. lepas tu main pantai, gi brenang2 kat pantai depan chalet. Lepas tu, diorang buat water confidence utk hamba seorang ini! Yay!!! Tapi dah lepas snorkeling baru confident.. haiyaa.. boleh la, utk kegunaan masa depan khononnya.
Malam tu makan bbq, lepas tu dh
rasa nak balik borak2 mak limah je kat balkoni. Sekali kakak yang masakkan
kitorang tu offer karaoke, sebab dah masuk dalam pakej katanya. So? Penipulah
kalau kitorang tolak.. haha.. nyanyi la segala jenis lagu nostalgic zaman
skolah rendah skolah menengah yg kitorang jumpa. Suara tolak ke tepi, yg
penting happy di musim cuti begini.
Monday 16 March 2015
Semoga tenang, Adek
assalamualaikum,
Mama: Mira, Along (abang aku) dah balik kampung tau, tak jadi balik Terengganu esok
Aku: wah, kenapa? nak buat kenduri lenggang perut ke? (sebab kakak ipar pernah cakap nk buat lenggang perut kat kampung cuti sekolah ni)
Mama: bukan, sebenanrnya tadi Kak Ida (kakak ipar aku) dapat call dari kampung, kata Adek lemas kat sungai
Aku: so, Adek kat hospital ke? macam nak tengok je?
Mama: tak, Adek dah takde.
dah lama aku tak menulis, n tak sangka aku mula menulis semula sebab ni. aku baru kehilangan sorang sedara jauh yg boleh dikira rapat dengan aku. dia anak sedara kakak ipar aku yang selalu melepak kat rumah aku since kakak ipar aku memang duduk dengan family kitorang. memang aku dah anggap dia macam anak sedara sendiri dah, sebab kakak ipar aku pun baru pregnant anak first, so kiranya selama ni arwah Adek ni la yg macam anak abang aku ni. adek ni manja, dia jenis yg senang rapat dengan kitorang. antara tiga beradik dia, dialah yg paling friendly, yg selalu kitorang bawak berjalan.
aku ingat lagi, last time dia datang rumah aku, aku baru balek dari kolej nk lepak umah weekend. beria sangat dia ajak pergi tengok wayangkat Alamanda. aku kata aku xnak ikut, sbb aku nk rehat je kat umah, so aku biar je dia pergi dengan abang n kakak ipar aku. seriously aku langsung tak sangka yg tu last time dia ajak aku pergi jalan and aku tolak. masya-Allah, marahnya aku dengan diri sendiri bila mama call bagitau Adek dah xde. terus je kepala aku ligat flash back segala benda yg pernah buat dengan dia. gurau, lepak, malu2 masa mula2 jumpa. Ya Allah, aku dah kenal dia dari dia kecik, sekolah rendah, sampai ke sekarang ni dah sekolah menengah.
apa-apa pun aku cuma mampu berdoa sepaya Adek tenang dalam pelukan Yang Esa. mungkin ini satu pengajaran cara kasar dari Allah untk aku, hamba Dia yang selalu lalai. sekarang aku memang jujur cakap yg kejadian ni sangat memeranjatkan dan kitorang sekeluarga rasa kehilangan sangat. aku yakin ini kesudahan terbaik untuk Adek. Adek takde dosa pun dengan Masyu tau. Masyu takkan lupa Adek sampai bila-bila.
Thursday 15 January 2015
Aduhai bujang
Assalamualaikum.. J
Masya-Allah exhaustednya musim2
exam ni. Thank god minggu ni study week, ada la sikit masa nk study utk next
week yg ada 5 exam, kemas2 bilik before pindah, & most importantly,
mengupdate belog tercehenta ini.. yay lima bintang.. hiks
Okay, makin busy makin terasa
kebujangan. Ye la, bangun pagi lepas solat segala, laju2 je bancuh nescafe 3 in
1, sambil mengadap kerja2, kalau tak pun belek nota2 yg tebalnye wow zemangat..
bila perut dah buat orkestra, cari je biskut dalam handbag, kalau tak pun bakar
roti ke, mkn roti bilis ke.. kalau kat rumah jangan harap nak breakfast roti tahu?
ya, ini lah sarapan kebujangan aku sekarang ni..
roti bilis dengan nescfe 3 in 1 ditemani 6 princess yg setia.. kau ade?
Nak mkn tgh hari pn slalunya
turun sorang2 je gi beli kat kafe, sambil duduk2 cek noti kat henfon canggih
nau2 aku.. hah nganjing.. kalau bertuah jumpe la sorang dua kawan, dapat la
borak kejap.. almaklumlah, masing2 mengejar masa nk study utk exam.. bukan
senang ok nk jadi doktorr.. Aku suka beli makanan bungkus, makan dalam bilik
sambil layan drama beto, bancuh air teh o panas sendiri.. jimat seringgit
sehari ya kawan2.. seringgit seringgit lama2 jadi beringgit-ringgit… J
Ok, pastu sambung blaja, makan
lagi, tengok drama lagi, makan lagi, blaja lagi, makan lagi, makan lagi.. macam
tu la hidup aku.. skarang ni pun rata2 org dh pindah ke kolej baru. Aku nk
tunggu habis exam baru nk pindah. Acah2 pandai manage time la kann?? Tapi
boring sangat2.. jarang jumpa org, monyet je slalu jumpa.. tu pun jadi tukang
sepah depan bilik.. nk kena gigit si kecik bulu2 ni..
Dan untuk menambah keriakan, aku
slalu tidur pukul 1.. tapi bukan study la, tengok drama sampai lebam.. haha..
Oh, by the way, aku tengah cari
design untuk guest book utk wedding abang aku.. so sila lah
dermakan link ya? Thank you J
ha, lupa nk cite, haritu aku gi lepak Taman Warisan Pertanian.
Mi Sup dengan Lai chi kang dia win angat2 tau..
*jujur, xde sponsor.. ngaha
Tuesday 30 December 2014
kerana diriku cik sotong
assalamualaikum..
wahai, serabutnya minggu ni.. letih sgt.. banyak sangat benda kena settle before exam.. cliche kan? tapi serius letih.. update blog pun pukul 2 pagi, makan malam pukul 3 pagi, tidur petang bangun maghrib (jangan ikut), huh..
dalam pada exhausted ni, boleh pulak tadi keluar topik 'apa kau rasa pasal aku?'.. haha.. normal thing untuk gossip girls kan? tap aku tanya kat kawan2 yang tak jejemah langsung, & sorang lagi tu lelaki yang aku anggap agak gossipy.. ngaha.. barulah hidup sket conversation kan??
so, jawapan wanita2 (wah) tu dah terjangka lah, masing2 jawab seberhemah mungkin. sampai dekat 'gossip boy', tau apa jawabnya?
"kau ni sotong"
and apa kau expect dari aku? haruslah tercengang, so diapun bagitau. bagi dia, sotong tu maknanya gedik2 air and tak malu nak bergaul dengan org.. mulut bising sana-sini, main cakap je apa terlintas.. nd wow, memang aku macam tu pun.. cuma hamboih.. advance sungguh bahasa kau. terkejut aku.. ingatkan selama ni kau tak tau aku perempuan sejati pembawa XX tegar.. hush.. ngucap..
ok, untuk pengetahuan, perkataan gedik bukan lagi satu penghinaan tapi aku dah pandang dia secara cute dan menjadikan gedik tu satu benda yang lumrah untuk aku. haip.. aku tak kata aku nak kekal gedik sampai kerepot, aku cuma dah terlalu biasa digelar gedik walaupun cuma berborak kosong dgn kawan2.. oh, hidup.. tapi aku ok je.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)